MOTO PPKIBP SMK ARAU, PERLIS

Monday, April 19, 2010

PERMUAFAKATAN IBU BAPA


LAPORAN BERGAMBAR

                                      TARIKH     :  10 APRIL 2010
                                      MASA         :  8.00 PAGI HINGGA 11.00 PAGI
                                      TEMPAT    :  BLOK PPKIBP SMK ARAU


Kaum ibu membersihkan kawasan tepi blok PPKIBP.


Awas !, kawasan ni memang banyak kerangga"...


Manakala kaum bapa pula membersihkan kawasan parit yang tersumbat.


Lihat sajalah, bersungguh-sungguh mereka bergotong-royong.


Akhirnya, parit yang tersumbat sekian lama dapat diperbaiki semula hasil permuafakatan dari semua pihak.

Lihatlah kegigihannya membantu...murid ini sanggup datang pada hujung minggu semata-mata ingin turut serta dalam gotong-royong yang diadakan.


Haaa...inilah chef kami pada hari itu menyediakan juadah sarapan pagi kepada semua yang hadir.

 
Cikgu pendidikan khas memang serba boleh..lincah jer Cikgu Junaidah bermain cat.

Sempat berposing di depan kamera...1, 2 , 3 senyum....


Baik-baik panjat kerusi tue Cik Su, takut terguling jer nanti...

Tekun Cikgu Fiza (tudung oren) mengecat sambil ditemani oleh Cik Su (baju biru) dan Puan Sarina (baju hijau)

Menjamu selera...menunya adalah pulut kukus bersama ikan masin dan ayam serta sedikit kuih-muih...sedapnyaaa....

Layan diri yer....pilih saja yang mana menjadi pilihan...


Melepaskan lelah sambil menjamu selera.


Sempat lagi Iqbal dan Shafiq memberikan 'pose' terbaik di depan kamera.


TAKLIMAT GOTONG-ROYONG


LAPORAN BERGAMBAR


Sebahagian ibu-bapa yang hadir mendengar taklimat.



Cikgu Roslan sedang memberikan taklimat ringkas tentang gotong-royong yang akan diadakan pada sabtu ini.


Kaum ibu juga turut mengambil bahagian untuk mendengar taklimat ringkas dari penyelaras.


Khusyuk kaum bapa mendengar taklimat yang disampaikan.




PROGRAM KEK MANIA


LAPORAN BERGAMBAR


                                      TARIKH   :     7 - 8 APRIL 2010
                                      MASA      :     9.30 PAGI HINGGA 1.20 TENGAHARI
                                      TEMPAT  :     BLOK PPKIBP SMK ARAU


Murid sedang sibuk menyiapkan 'cup cake'


Penyediaan 'Triffle' kali-2 atas permintaan yang menggalakkan dari pembeli.


Semua aktiviti dipantau oleh guru sepenuhnya untuk menghasilkan produk yang berkualiti.


Murid kelihatan 'enjoy' dengan aktiviti yang mereka lakukan.


"Macam inilah cara yang betul sebatikan adunan", kata Kak Zai kepada murid-murid.


Cikgu Ropizah mengajar murid-murid menggunakan mesin pengadun kek dengan betul.


Yang ini pulak kontrak kek span...dibawah didikan Cikgu Hayati.


Tekun mengadun warna pada kek pelangi...gaul Ina jangan tak gaul.


Taraaa...inilah rupanya triffle yang telah siap...jual..jual..jual


Lihat sajalah pelbagai jenis kek disediakan khusus untuk pelanggan kami.


Layanan yang diberikan juga yang paling terbaikkkkk....


Kunjungan pelanggan yang tidak putus-putus memberikan sokongan terhadap program 'Cake Mania'.


Sunday, April 18, 2010

WINTER SONATA


LAPORAN BERGAMBAR


 
Aktiviti rutin murid pada setiap hari jumaat iaitu memberikan perkhidmatan cucian kereta.


Bersungguh-sungguh bermain buih sabun..bukan cucian percuma tetapi berbayar..hanya RM 5 sebiji kereta..moh ler cuci!

Bersihkan sportrim cikgu sampai berkilat yer Joi!...tekun sungguh buat kerja sampai tak perasan gambarnya diambil..


Sempat lagi Hasrin berposing di depan kamera...aummmm..cak!


Bersedia untuk mengambil tempahan kereta lagi.


Main tembak-tembak yer Ina...siap kerja leh rehat...


Perkhidmatan tyre wax juga disediakan..fuh! memancar-mancar tayar kereta cikgu.